31 August 2009

Merdeka Day

  • malam merdeka aku kat batu burok,jalan memang sesak giler..budak2 dengan basikal masing2,memang menyusahkan kenderaan lain...dah ler takde lampu,pastu suka hati diorang jer...nak belok sana sini,tanpa menghiraukan peraturan dan kenderan2 lain di jalan raya...ape nak jadi dengan ibu bapa zaman sekarang yang terlampau membiarkan anak2 kecil di malam2 hari...memang tak patut..!! nanti kalau jadi pape mula lar ibu bapa masing2 nak menyalahkan orang lain,hakikatnya mereka sendiri yang mengabaikan anak2 mereka sebenarnya...
  • petang merdeka laks aku ke Vincci di Jalan Sultan Omar...beli jam,wallet n sandle 2pasang..dapat less 30% sebab aku guna greeting card from PADINI sempena birthday aku pada Ogos ini...
  • then ke Majlis Berbuka Puasa di Riyaz Resort & Spa,Pulau Wan Man...wif Gjie...
  • and DotDotDot:)

28 August 2009

Laila Sari

Arini daku kat rumah jer...malas nak kemana2,nak kurangkan aktiviti yang tanpa arah tujuan itu..hihii.. Pagi tadi cuci kereta,dah berkilat2 nooo...then tido,petang lak layan astro ria,Laila Sari...yang merupakan sebuah telefilem fiksyen fantasi tentang seorang puteri kayangan iaitu Puteri Laila lakonan Liyana Jasmay yang terbuang terpaksa turun ke bumi untuk untuk mencari cinta sejatinya iaitu Iwan,lakonan Erry Putra. Menarik jugak sebab aku memang minat Liyana Jasmay...citer dia pn tak ler meleret2 sangat dengan kisah cinta jep..abes kul 7..siap2 untuk berbuka puasa,petang tadi aku makan mee goreng mak aku kacau sendiri..alhamdulillah,kenyang..


26 August 2009

Green Card

Awal2 pagi tadi aku ke pejabat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) cawangan Kuala Terengganu yang bertempat di Tingkat 7, Bangunan Yayasan Islam...untuk renew my Green Card (GC) yang di keluarkan oleh Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB). Bagi pemegang kad yang berumur diantara 16 hingga 65 tahun adalah dilindungi di bawah Skim Takaful Berkelompak yang berkuatkuasa sehingga tempoh kad tersebut tamat sahnya...aku punyer sah sehingga 26 Ogos 2011...RM50 untuk tempoh 1 tahun...Pemegang GC mestilah wajib menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan yang di tentukan oleh LPIPM dan JKKP untuk dibenarkan bekerja di tapak bina...Kali ni aku berdaftar untuk menjalankan tred CSMO Manager...yeaayy,dengan kerjasama En.Rais aku da buley tukar tred baru...thanxs En.Rais...next year jumpe lagi..hihii;)

25 August 2009

Moral Of The Story

2 all my frens, if ada problem...jangan terlampau sedih atau meratapi kesedihan tersebut yang akhirnya akan memusnahkan diri sendiri...so, berfikirlah secara positif dan pandang ke depan...kadang kala janganlah terlampau gembira dengan kegembiraan yang kita lalui hari ini kerana hari esok belum pasti akan kesudahannya...
(p/s : ayat lintang pukang skali,aku pening nak buat ayat panjang2...banyak keje arini,tapi still luangkan masa untuk blog kesayangan daku ni...)

24 August 2009

Nothing 2 Say...

Emosi aku pun dah stabil...i'm ok,thanxs 2 all my frens kerana tak jemu mendengar n membaca sms aku yang bermasalah itu...pasni kita bergelak ketawa lagi yep...!!

2 all muslim's,
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak...


22 August 2009

Kala Hati

daku
.
.
.
.
.
sedey+hampa+kecewa
.
.
.
.
.

20 August 2009

Interview Lagi...!!

Busan...!! Interview3..!! kali ni from Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk jawatan Pembantu Kesihatan Awam (Kontrak) on 25 August 2009 at 8.30 am...yang ni aku tak minat sangat sebab jawatan kontrak...at least aku boley menambahkan koleksi2 surat interview yang penah aku dapat...bila tengok je surat interview, aku dah takde pape perasaan gentar n sewaktu dengannya sebab dah terlalu biasa...tahap aku lak yang terlebih cakap...hihii.

19 August 2009

Tired :(

Arini aku dah hadirkan diri di 3 buah sekolah agama di sekitar Kuala Terengganu bagi lawatan tapak (Site Visit) untuk kerja2 pembinaan dan baikpulih bagi PKK kelas 'F'....penat woooo...bermula jam 9.00 am di SMK (A) Ladang, K.Trg...di hadiri oleh 25 kontraktor di sekitar K.Trg sahaja...selesai pendaftaran dan semakan pada PKK & CIDB, kami terus dapat borang sebutharga secara percuma...then taklimat till 10.30 am...at 12.00 am,di SMK (A) Atas Sultan Zainal Abidin,K.Trg...yang ni bilangan kontraktor yang hadir berjumlah 45 orang...and last skali untuk hari ni di SMK (A) Khairiah, K.Trg....at 3.00 pm....
Jam 2.00 pm tadi aku sempat ke PERKESO untuk tujuan pendaftaran syarikat dan pekerja...aku memang dari dulu memang 'anti' ar sikit dengan PERKESO..hihii...very2 complicated, ntah pape jer...!! tadi masa aku call lain dia cakap, bila kat sana lain lak jadinya., dah ler masa tu aku nak cepat, diorang lak macam2 macam2 kerenah, menyampah tol...!! naseb aku sempat daftar kat site visit at SMK (A) Khairiah tadi...kalau tak, memang aku bakar terus PERKESO...hihii..............!!

18 August 2009

Hariku Indahhh...!!

1st***aku dapat interview lagi,syukur...walaupun belum pasti aku akan dapat kerja tersebut. Kali ni untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) under Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN), di Tingkat 7...Wisma Negeri at 8.30 am. Interview pun dah selesai so, tawakal jer laa...ada rezeki aku kat SPN, InsyaALLAH dapat...

2nd***selesai interview jam 10.00 am, aku bergegas ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Dungun untuk menghantar dokumen tender bagi kerja2 baikpulih di JKM tersebut yang ditutup sebelum 12.00 am. Aku dah selamat masukkan dokumen tersebut ke dalam peti tender jam 11.30 am...harap2 aku dapat projek ni...!!

3rd***yang ni memang one thing yang paling happy dalam hidup aku, Julang Niaga Sdn Bhd dah dapat 1st projek from JPS Dungun iaitu Kerja2 Membekal dan Memasang Sistem Perangkap Sisa Pepejal dan Sistem Pengasing (GPT) serta kerja2 berkaitan di Saliran Utama Taman Rakyat, Dungun, Terengganu...yang bernilai RM 297,300.00 sahaja...Thanx God. Lepas setle hal2 kat JKM, aku terus ke JPS Dungun untuk menerima surat tawaran kerja tersebut...Pasni kena setle pendaftaran pekerja kat PERKESO sebab 20/08/2009 dah mula masuk site.

13 August 2009

Site Visit

Hariku indahhh...baru balik site visit yang bertempat di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jalan Tembesu, Dungun, Terengganu...Dihadiri oleh kontraktor2 di sekitar Kuala Terengganu seramai 12 orang....aku ni sebenarnya tak biasa sangat gi site visit...kekadang je pegi....maklumlaa...aku ni staf kesanyangan kat ofis aku ni...so,keje aku kat ofis...kat luar kan panas...hehehee...memang ar seronok,bukan selalu dapat join site visit luar daerah macam arini,bawak lesen aku sendiri lagi...bangga jugak ar kadang2...hehehee...
p/s: best jugak keje arini,banyak keje luar...pagi tadi ke Pejabat Risda Marang,United Overseas Bank n petang ni site visit di JKM, Dungun..

Kota Bharu

08/08/2009 aku terpaksa ikot golongan mak2 datin ke Kota Bharu...Antara destinasi yang dilawati adalah Pasar Siti Khadijah,KB Mall,Wakaf Che Yeh dan Rantau Panjang...anjuran UMNO Dun Teluk Pasu. Sebenarnya aku cam malas nak ikot sebab tempat tu memang aku dah biasa sangat...hihii. Tapi aku terpaksa la setuju jugak,bagi menjaga hati semua pihak yang terlibat...huhuu..aku ni memang jenis tak sampai hati nak menghampakan sesiapa sahaja selagi berkemampuan..aku on jer..!!
Paling best aku beli budu kat pasar Siti Khadijah, saje nak try..sebab selama 2tahun aku kat KB aku tak suka budu sane,taktau kenape...tapi kali ni aku tengok cam menarik,dalam botol budu tersebut dah dicampur dengan lada skali...aku pun terbeli la 1 botol rm4...dan petai 12papan RM5...sangat2 murah..!!Kesimpulannya, budu tersebut memang sedap tapi paling aku tak tahan...pedas wooo...!! Next time, aku nak beli lagi kalau berkesempatan ke KB lagi..hihii.
p/s : budu keluaran Projek Di Raja Kelantan (PDRK)

12 August 2009

Kem Bakti Remaja 2009

Kem tersebut telah diadakan pada 02/08/2009-04/08/2009 bertempat di Pusat Latihan Rela Wilayah Timur, Kg.Kemat, Hulu Terengganu anjuran UMNO Dun Teluk Pasu...Yang di rasmikan oleh Dato Rahim iaitu Adun Teluk Pasu merangkap Exco Belia dan Sukan Negeri Terengganu..Seronok jugak sebab aku dah lama tak menyertai kem2 yang sedemikian rupa...aktiviti pun tak padat sangat...memang dalam hutan tebal..line hp pun kadang2 ada kadang2 takde, kl nak guna hp dengan lebih clear terpaksa kami ke tempat yang telah dikhaskan atas bukit wooo...hihii.macam2 aktiviti berkumpulan yang diadakan di siang hari...redah hutan,panjat bukit,air terjun pun ada dan macam2 lagi aktiviti yang menarik...malam hari pula kami di tempatkan di dewan utama pusat latihan tersebut untuk sesi ceramah yang berunsur nasihat dan keagamaan oleh ustaz dan beberapa penceramah yang terlibat...diharap dengan ceramah tersebut para remaja hari ini bijak menilai mane yang baik dan buruk dan tidak terlibat dengan aktiviti rempit terutamanya...untuk masa depan kita bersama...
p/s : padat sangat aktiviti terpaksa tolak tawaran ke pulau redang,2 hari 1 malam pada 06/08/2009-07/08/2009 :(

11 August 2009

Selamat Pengantin Baru


1 Ogos 2009 (hari lahir aku yang ke 23) aku dah makin tua...NoNoNoo....!! Tapi paling sonok tahun ni C-ma @ Norasima Bt. Abd. Razak yang merupakan salah seorang bestfriend aku masa sekolah dulu dah selamat diijabkabul pada hari tersebut..orangnya nampak lemah lembut tapi biler ketawa mengalahkan pontianak..!! Kisah cinta C-Ma amat ringkas...dia kenal dengan husband dia masa January 2009, kisahnya laki tu yang follow dia then tukar2 no.fon...kenal2, 12/04/2009 mereka mengikat tali pertunangan...katanya tunang dia ni kuat cemburu...cemburu tanda sayang...hahahaa (ayat C-Ma sambil ketawa macam pontianak) ye larh tu C-Ma oii...n pada 01/08/2009 meraka dah selamat jadi pasangan suami isteri yang sah..!! Berseri-seri C-Ma pada hari tersebut...pic pn ada untuk tatapan semua...pape pn SELAMAT PENGANTIN BARU yer C-Ma...semoga bahagia ke akhir hayat & di kurniakan ramai cahaya mata;)

10 August 2009

Pertandingan Karaoke Retro 70 an & 80 an

Yang berlangsung di Dewan Utama Wisma Darul Iman
29/07/2009

Jam 9.00 am

YeZZaa...

Last2, Gjie termakan jugak pujukan aku

KeKeKee...

Aku~Gjie~Mrs.Sha

Hot..!Hot..!Hot..!

terkezut bangat daku,

sebab....

terjumpa Mrs.Sha & Mr.Hubby

~Mrs.Sha follower aku~
~take a break~


yeayy,dapat jgak aku tgk karaoke kali nih..!!

~antara aktiviti kegemaran aku~

~Nasir Wahab~

p/s : part ni dah lama aku draf tapi lupe nak post..hihii.

09 August 2009

Hariku Indah

Daku gumbira...!! sebab kakak kat ofis aku ni da breti kejew...aku bkn hape,menyampah dengan sikap dia yang kaya dengan hasad dengki yang berkobar2 n 'talam 40 muka'. n suka jaga tepi kain orang...ish3,manusia jenis hape la dia ni...buruk toi...!! Depan aku sentiasa dengan muka manisnyer,pandai berpura2...biler blakang aku,bukan main duk menyebok hal aku..teruk3..!! sedangkan aku,langsung tak hingin nak amek tau hal dia,banyak lagi laa pekara perlu difikirkan n lebih penting...aku percaya,jika hati kita sentiasa di bayangi hasad dengki memang hidup takkan aman damai,tak maju n tak bahagia untuk selama2nya jika perasaan tersebut tidak dibuang jauh2..!! takde maknanya jika kita dengki dengan kelebihan n kesenangan orang lain yang akhirnya akan memakan diri sendiri sebenarnya....So,jauhilah perasaan tersebut...hindarilah perasaan hasad dengki...yep!!



01 August 2009

Ogos 2009

adakah aku memiliki ciri-ciri tersebut....??

-suka berlawak
-mudah tertawan padanya
-sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain
-berani dan tidak tahu takut
-orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
-pandai memujuk orang lain
-terlalu pemurah dan bersikap ego
-nilai harga diri yang sangat tinggi
-dahagakan pujian
-semangat juang yang luar biasa
-cepat marah dan mudah merajuk
-mudah marah apabila cakapnya dilawan
-sangat cemburu
-daya pemerhatian yang tajam dan teliti
-cepat berfikir
-fikiran yang berdikari
-suka memimpin dan dipimpin
-sifat suka berangan
-berbakat dalam seni lukis dan hiburan
-romantik,pengasih dan penyayang
-suka mencari kawan

Refer By,
Datuk Dr.Fazillah Kamsah..