14 June 2009

akhirnya...


14 Jun 2009...sekolh 'beroperasi' semula hari ini seperti biasa setelah 2 mggu bercuti...adik bongsu aku, MIE kembali ke asrama mlm td...aku antor pkul 8.30 p.m...sepatutnya kna tiba di asrama b4 6.00 p.m...tp di sebabkan cuti terlalu lama, dia cam 'liat' sket nop balik hostel...dari petang tangguh ke mlm hari...mak aku senyum jer,no komen...hahahaaa...

kenduri kawen pn da berakhir ptg semlm...sepanjang 2mggu ni,bley dikatakan tiap2 ari ada kenduri kawen..sonok tgk kwn2 da kawen...berseri2....pakaian n hiasan lak cantik2...mmg menarik....! sebok jadi pengantin baru, sempat lg diorng tny aku biler nak kawen...ni lar soalan paling glemer di musim kenduri kawen...hehee...aku pn jwb...aku muda lg ar,baru 23..xready lg bab2 kawen ni..pape pom,muda hanya skali...gunakan sebaik mungkin...so,kite enjoy...!! ulalaa...aku n adik (JAA) otw ke rumah k.zai saloon..

03 June 2009

cuba teka..

Ia makan untuk hidup....
tetapi,
tidak pernah minum.......

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin


Biar btol...stadium runtuh?? siapa yg harus dipertanggungjawabkan..?? kontraktor..?? consultant?? jkr..?? haarrr, angkara politik...?? hehehee...ntah lerrr.....
Stadium ini dibina pada awal 2005 dan siap sepenuhnya 2 tahun kemudian yg menelan belanja berjumlah RM292 juta...untuk temasya Sukma Malaysia (SUKMA XII) 2008...yg dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008....
Antara kontraktor tempatan yg terlibat...Bina Struktur Sdn Bhd (BSSB), Genggam Mercu JV, Emarcon Sdn Bhd serta Konsortium Protech, AZM Engineers, Senibahri Arkitek dan MAA Associates...
Merupakan stadium pertama di Asia menggunakan sistem bumbung tanpa column, (space frame structure) yg mana semua bumbung di bina tanpa sokongan tiang....(patot pn runtuh..hahahaaa...)
Tapi malang skali...stadium kebangaan aku ini ....yg merupakan tempat aku maen bowling...huhuhuuuu...telah runtuh sebahagian bumbung di sebelah timur awl pagi semalam...pada 2 Jun 2009...
Kejadian ini memberi gambaran yg tidak baik kpd negara, seolah2 kontraktor tempatan tidak berkemampuan utk melakukan kerja2 pembinaan sedemikian rupa...wlaupn kejadian tersebut tdk melibatkn kemalangan jiwa, namun ia amat menjejaskn imej negara krn membabitkn stadium yg baru setahun digunakan...kejadian tersebut mungkin disebabkn bumbung bahagian itu lebih tinggi dan besar dgn 200 meter pnjang berbanding bahagian barat yg tidak mengalami kerosakan...bagaimanapn, kerugian akan ditanggung oleh kontraktor berikutan tempoh kecacatan belum berakhir.....huhuu......
Utk projek2 akan datang, aku syorkn CIDB terutamanya ataupn mne2 pihak yg berkenaan....perlulah melihat dgn terperinci satu-satu struktur bangunan bermula drpd perancangan, rekabentuk, juruperunding, pembinaannya sehinggalah kalau bangunan tersebut hendak diruntuhkan pn mestilah ada piawaian amalan kerja dan juga pemilihan kontraktor hendaklah berdasarkn kemampuan dan mesti ada pengetahuan teknikal yg tinggi....dan jika projek besar, pastikan sesebuah consultant yg dilantik itu ada kapasiti dan berkebolehan...
Kdg2 aku kecewa jgak dgn industri binaan yg terdpt segelintir dikalangan mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa menitikberatkan mutu kerja yg diwawarkan oleh Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB) yang mengadakan kursus saban tahun bagi kontraktor2 di Malaysia...ape nak jadi ntah....

01 June 2009

munajat cinta ~ dewa 19

malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah,

hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang selalu, pupus,

**chorus

tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya,

mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus,

**chorus

interlude

**chorus 2x

lalalaaaa...

ulalalaaa....

lagu munajat cinta by dewa 19 tu aku bru dpat dri kwn aku, gjie..ptg semlm, msa minum ptg kat waterfront...aku tertarik ngan music dia yg bersahaja jer...lirik dia pn menarik, memandangkn aku yg still single...hihihiiii....