28 June 2009

perubahan cuaca beri kesan kpd alam sekitar

  • berpunca drpd peningkatan suhu bumi akibat fenomena rumah hijau yg memerangkap gas2 panas dan beracun di atmosfera
  • kesannya, berlaku pelbagai perubahan melampau terhadap pola iklim dan juga pergerakan cuaca seperti perubahan arus angin, taburan hujan dan keadaan cuaca yang tidak menentu.
  • jika cuaca berubah, ia secara tidak langsung akan memberi impak yang besar terhadap sumber alam seperti hutan, sumber air, keadaan laut, pantai serta aktiviti pertanian.
  • fenomena perubahan cuaca mempunyai kaitan rapat dengan keadaan ekosistem termasuk manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.
  • perubahan drastik seperti ini akan tentunya akan mengancam kepelbagaian spesis hidupan di muka bumi ini kerana habitat mereka telah terganggu
  • juga menyebabkan kejadian musin tengkujuh dan kemarau yang berpanjangan
  • musim tengkujuh tentunya akan menyebabkan banjir di mana ia akan menjadi medium pembiakan nyamuk aedes dan seterusnya membawa kpd penyebaran wabak penyakit seperti denggi dan malaria
  • apabila kemarau pula membawa kpd kejadian kebakaran hutang dan juga kawasan-kawasan kering sehingga menyebebkan masalah jerebu
  • kesan kpd hutan pula, perubahan cuaca boleh mengganggu komposisi taburan spesis tumbuh-tumbuhan krn kenaikan suhu akan menyebabkan pokok2 tidak dapat bertahan lebih lama
  • hidupan liar dlm hutan akan terancam krn suhu pada habitat asal mereka sudah berubah
  • kesannya, kitaran rantai makanan akan terganggu dan beberapa spesis hidupan mungkin akan berkurangan atau terus pupus
  • kesan terhadap laut, pencairan lapisan ais di bahagian kutub akan meningkatkan paras air laut dan menyebabkan pukulan ombak menjadi kuat sehingga boleh mengubah keadaan bentuk muka bumi asal kawasan pantai
  • fenomena rumah hijau yang memerangkap banyak gas beracun juga menyebabkan air laut menjadi berasid dan menjejaskan kesihatan terumbu karang
  • juka terumbu karang mati, hidupan laut seperti ikan akan kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan
  • peningkatan suhu bumi akan menyebabkan pelunturanwarna terumbu karang akibat perhubungan simbiotik fotosintesis alga

2 comments:

mizie's life said...

haah betol tu...skarang cuaca pun da maken x menentu...huhu...ntah apelaa yg akan jadi esoknya...

LaiLa isabeLLa said...

2 laa...sumer ni disebabkan aktiviti manusia sndri...